Monday, June 19, 2006

Linggopoh Kembali!!

Salam untuk semua blogger yang mengenali diri ini semoga dalam keadaan sihat sejahtera dan dilindungi oleh yang maha esa. Sekian lama saya tidak dapat mengemaskini blog ni kerana kecederaan kaki yang saya alami, mohon maaf dipinta pada blogger sekalian. Kerana dirumah saya juga tidak mempunyai internet. Untuk ke CC lagi laaa malas. Tanggal 14 April 2006 tarikh yg tidak dapat dilupakan. 2 hari sebelum majlis perkahwinan GT. Terima Kasih pada blogger yang hadir pada hari perkahwinan GT. Saya tidak dapat melayan para tetamu yang hadir..hanya mampu sebagai penyambut hadiah sahaja pada hari tersebut.Hmm macam2 nak jadi pada hari GT kawin pulak tu,terimalah dengan hati yang luhur. Dugaan nak melanda, orang kata dugaan sebab dapat anak sulung. Hmm lepas ni harap2 semua baik dan berjalan lancar berdoa dijauhkan perkara yang tidak baik. Perasaan semakin bedebar menanti hari kelahiran anak sulong jangkaan bulan Ogos, persaaan gembira pun ada takut pun ada. Mudah- mudahan dipermudahkan segalanya dengan baik. Persiapan untuk kelahiran alhamdulillah dapat saya sediakan dengan kadar yg termampu. Dengan perasaan yang amat TERUJA! isteri saya melihat pakaian2 bayi perempuan yang begitu comel menambat hatinya. Saya menyarankan agar tidak beli berlebihan cukuplah sekadar persediaan untuk kegunaan selepas lahirnya nanti dan setelah habis pantang beli lagi. Cuma satu yang saya harapkan Isteri dan bayi saya sihat wal afiat mudah-mudahan.. Amin... p/s: mohon maaf diatas kelewatan saya untuk memblog semula dek kerana kerja dan masa yang tidak mengizinkan ada masa akan saya kemaskini lagi..

About Me

My photo
KUALA LUMPUR, WILAYAH PERSEKUTUAN, Malaysia
Just simple guys and married..