Monday, April 10, 2006

DARI K.L KE PONTIAN ..

Assalamualaikum & salam sejahtera.. Malam tadi baru kami tiba di K.L jam lebih kurang 11.30mlm. Fuh letih juga,Alhamdulillah Perjalanan lancar.Dengan ada sedikit perkara2 yg tak diingini berlaku.Kami berangkat dari K.L sekitar jam 3.00ptg (sabtu) dengan 5 buah kenderaan dan berbekalkan 5 buah walkie talkie yg saya pinjam company punya untuk memudahkan perhubungan antara kami.Jalan raya agak sibuk sehingga TOL Sg.Besi beratur panjang untuk ambil tiket,ini mungkin kerana esok (selasa) hari cuti,jadi hari ni(isnin) mungkin ramai yg ambil cuti pulang ke kampung. Cuaca kurang memuaskan keadaan hujan lebat sepanjang perjalanan di lebuhraya utara selatan. Sementara itu ada 1 buah kenderaan yang di pandu PAK SU saya akan menanti kami di kawasan rehat PEDAS/LINGGI. Setelah berjumpa PAKSU di PEDAS/LINGGI,dengan keadaan hujan lebat yang melampau kelajuan dihadkan pada 50-70km/jam.Kemudian kami singgah di R&R JEJANTAS AYER KEROH untuk Pak Su saya berhenti mengisi minyak dan ada antaranya pergi menambah nilai kad T&Go sementara yg lainnya pergi ke tandas utk membuang apa yg patut.Disinilah kejadian yang tak diingini berlaku. Pak Su mengisi minyak RM40.00 dan dilayan oleh Atendan Pam yg mengisi ketangki minyak kenderaan.Wang telah dibayar dikaunter dan melihat Atendan Pam sendiri yang telah mengisi minyak, jadi PakSu hanya tunggu dan duduk didalam kereta.Setelah selesai dilihatnya RM40.00 pada meter minyak itu diisi beliau terus jalan....Pranngg!!(ntah mcm ni ke bunyinya lebih kurangla) rupanya pam minyak tu tidak diletakkan semula pada tempat asal oleh Atendan Pam setelah selesai,ianya masih terlekat pada corong tangki minyak..maka terputus lah hose pam tu dan memancut keluar minyak yg selebihya didalam hose.Pada sangkaan PakSu Atendan Pam tu telah selesaikan tugasnya hingga habis. Maka terjadilah keadaan yang agak tegang sedikit... antara dialognya (Banyak watak dalam dialog ni) Atendan Pam: Encik kena ganti hose yang putus ni... PakSu: Kenapa saya kena ganti awak yang salah,tak buat kerja sampai habis. Linggopoh menyampuk: Ye la awak yang salah itu tugas awak patut awak buat sampai sudah.Sebab awak yang pam.(Aku pam2 jugak budak ni kang!) Atendan Pam: Ya, saya banyak kenderaan lain yg saya nak kena jaga.Abang tengok la sendiri kereta banyak. Linggopoh: Awak tak boleh handle satu2 selesaikan tugas awak satu2 ke? Sepupu: Kami customer,di K.L/Selangor lain, kami layan diri pam sendiri kalo betul kami sendiri yang pam kami yang salah tak pe kami ganti. Customer always right! kan..(sambil mengusap belakang badan atendan pam yang bersalah) Atendan Pam: Saya minta maaf kalau saya salah....(memang salah pun) Linggopoh: Berapa harga kena ganti? Kawan Atendan: mahal ni bang RM150... Linggopoh: Haaa..takkan nak kena bayar RM150,awak yang salah. Kami nak jalan jauh lagi ni.. Kawan Atendan: Separuh separuh la bang ganti,nak harap dia sorang bayar kesian dia bang gaji dia berapa sangat. Pak Ijan(pakcik saya): Potong tiap2 bulan la,sbulan RM50 ke? sampai RM150. Kawan Atendan: Susah la bang bos kami tu nak buat macam tu nak bincang pun susah kedekut lak tu, saya kerja dah 4tahun baru sekali je naik gaji (he... ekleh minyak naik harga setahun 2x gaji 4tahun baru naik sekali je).. PakSu yang dari tadi diam...Pak Su: Habis siapa nak kesian dengan saya..bukan salah saya.Lain saya sendiri pam.. Atendan Pam: Saya minta maaf (dengan muka dah merah mana taknya kami ramai utk membela diri PakSu) ,memang saya salah...(mengaku pun salah).Tolong lah bang kita sama2 ganti.. (Saya ni mudah kesian jgk kat orang) Linggopoh: Nak bayar separuh tak dapat la..bukan salah kami Kawan Atendan: Bayar RM50 pun ok la bang.. Paklong: Nak bayar ke? (pun mudah kesian jgk)..kita kongsi2 la. Linggopoh: Ok, saya hulur RM20 kat Paklong. Paklong: Hulurkan RM50 kat kawan atendan pam. Paksu yang dah bengang, diam je terus masuk kereta (ikutkan paksu memang tak nak bayar)dlm perjalanan pulang mlm tadi paksu ganti jugak RM20 saya,saya kata tak payah la tapi dia paksa ambik laah saya serba salah....Isk saya pun bengang jugak dan fikir2 balik patut ke kami bayar?? Disebabkan kecuaian PakSu yang tak pastikan pam dah dikeluarkan dari corong tangki minyak?? Atau mamat pam minyak tu yang salah sepenuhnya kerana tinggalkan kerja dia kerana nak pam untuk kereta lain. Atau memang kedua pihak yang salah? Jika terjadi pada anda adakah anda akan bayar? tolong comment skit. Selepas kejadian itu alhamdulillah tiada lagi kejadian2 yg tak diingini berlaku semuanya berjalan lancar sehinggalah tiba ke PONTIAN jam 11mlm,dan selamat GT nikah keesokan harinya (ahad),dan bersanding dalam keadaan cuaca yang baik tapi panas terik habis peluh jantan GT keluar (payung utk pengantin tak ada pulak tu GT kena ragging he he)....dan kami pun selamat pulang semula ke Kuala Lumpur malam tadi. Lepas ni majlis kahwin G.T di K.L pulak.Semua Blog friends GT,walau dimana anda berada jemputlah datang...

22 comments:

Sir Mute Key Chicks said...

owh.kau abang cikgu gitar yang kawin itu?encik zairi rusli?nizam rusli?

Kaklong Syikin said...

syukur kedua2 pihak bersabar n sabar. kalau tak, mau bertumbuk kat situ.

LingGopoH said...

semut: bukan saya abang, cikgu gitar adalah abang saya.

shikin: ye la dalam keadaan macam tu kena bertolak ansur kalo kena yang jenis panas baran bertumbuk jadinya..

Anonymous said...

haha!
dalam kes ini, sepatutnya kena refer dulu dengan tokey minyak berapa harga kos membaiki semula. rasanya tak sampai RM150. pengalaman semasa di shell dulu, ada customer yang memutuskan hos minyak juga. dia ganti dalam RM100. tapi memang silap customer tu, dia yang pam sendiri. dalam kes paksu, patutnya tak payah bayar! masalah budak itu! pandai2 dia lah cari duit!

Anonymous said...

terima kasih kerana datang pontian!

LingGopoH said...

Tu la dah bayar menyosal lak...tak dibayar macam kesian jee kat budak tu..hai ontahlah..apo nak buat dah bayar pun lepas ni kalo jadik lagi dah tau takkan bayar dah laa kalo silap budak atendan pam tu cehh!!

Sir Mute Key Chicks said...

owh,kau?adek ye?kau dah kawen?haha

LingGopoH said...

Semut:
Oleh itu saya dikatakan dah Langkah Jendul?? eh! Bendul...abang saya ha ha ha!!

ontahsapo said...

kalau betul kita tak salah, takyah bayar, tapi kalau rasa cam bersalah gak, elok la bayar skit, tapi kan, rasanya kedai minyak ni selamber jer buat RM150 tu dlm masa dua minit agaknyer...

blackpurple @ jowopinter said...

salam

first time dengar hose boleh putus ni.....

LingGopoH said...

blackpurple
terima kasih kerana anda sudi menjengah! blog saya yang tak seberapa ni.. tu la lain kali jangan guna hose guna lah pipe besi yang boleh lentur ke,elok jugak...

Anonymous said...

lokasi: CC pontian.
hari ni mc! hahaha! pasal takde orang nak ganti aku sekolah pagi. kalau ada orang ganti, tak payahlah mc. tapi memang tengah batuk2. ada sikit2 lagi. insyaallah lepas jumaat hari ni, bergerak ke kl bersama2 your kakak ipar.

Kopi Suam said...

Salam..saya ke wedding nizam tempohari tapi tak berkesempatan nak berjumpa linggopoh..heeeh hehh yang mana satu ek..rupa adik beradiknya sama aje...heehh hehh trade mark

Petiais said...

mesti klakar kan..haha..hose putus

NONIE AZIZ said...

MR pun ada gak pegi..n dpt tau linggopoh kaki retak...segan lak nak masuk rumah...harap segara pulih!!!

Ayu Mohamad said...

linggopoh,
ooo awakla yg jaga adiah tuh yer masa kenduri kat BTR?

Anonymous said...

saya rasa secara kebetulan linggopoh menjaga hadiah sambil tersenyum melayan tetamu. kerana dengan kaki yang berbungkus itu, selayaknya tugas yang boleh dibuat ialah menjaga hadiah saya. hahaha!

perhatian kepada blogger! linggopoh tidak dapat meng'update' blog dalam jangkamasa yang lama kerana telah mendapat kemalangan kecil sehingga mencederakan kakinya. mudah2an beliau cepat sembuh dan kembali ketempat kerja untuk mem'blog'. insyaallah..

ps: hahaha! baru nak belajar mem'blog' dan tak dapat nak 'update'

Kaklong Syikin said...

ohh..itu pasal blognya bersawang dah..

camner boleh berbungkus kaki tu ?

Anonymous said...

beliau telah tergelincir dan terpelecok ketika menuruni jalan yang licin dan sedikit berbukit selesai solat jumaat pada tanggal 14 April 2006.

Sir Mute Key Chicks said...

eh,semoga cepat sembuh,tapi kaki jer yang berbungkus kan.tangan tak kan?

Anonymous said...

wahaha... sian lak kaki berbungkus yeh. tapi sampai gak kat pontian yeh (bangge jadik org ptn ;p)

Anonymous said...

bila daa.. nak menulis semula..

About Me

My photo
KUALA LUMPUR, WILAYAH PERSEKUTUAN, Malaysia
Just simple guys and married..