Wednesday, April 12, 2006

Sketsa dan Jenaka....

CheGu Nasyor I Seperti biasa, Che'gu Nasyor nie mengajar pelajar di Sekolah Agama. Che'gu Nasyor mengajar budak tahun satu. Pada hari tersebut, beliau mengajar bab "cara berwudhuk" Selepas mengajar, beliau (Che'gu) selalu meminta muridnya bertanyakan soalan jika terdapat kemusykilan. Che'gu : Ada sesiapa hendak bertanyakan soalan? Tiba² seorang anak muridnye mengangkat tangan, nama murid tu adalah Man Tapah. Man : Ada Che'gu. saya ada satu kemusykilan. Boleh tak kita ambil wudhuk dua kali? Che'gu : Boleh, tapi kenapa sampai dua kali ambil wudhuk? Man : Saya ambil dua kali sebab kalau saya terkentut, wudhuk lagi satu tu boleh buat spare part! Che'gu : Allahhuakbarr!!! Che'gu Nasyor II

Che'gu Nasyor sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di padang sekolah. Seperti biasa, Che'gu Nasyor akan menyuruh murid²nya melakukan regangan otot. Tiba di satu bahagian, dimana murid² baring dan mengankat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal. Che'gu Nasyor asyik memerhati seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya tiba² memberhentikan kakinya. Lalu Che'gu Nasyor menyergah muridnya yang bernama Man Tapah. "Woiiii Man, apa sebab kamu berhenti ni hah" "Oh Che'gu Nasyor, basikal saya tengah turun bukit Che'gu, sebab tu saya berhenti. Takkan nak kayuh jugak.

TOKEY KEDAI

Satu hari... sebuah gedung mengadakan jualan murah.. berpusu-pusu orang ramai ingin masuk gedung tersebut... sehingga ada yang beratur seawal2nya... walaupun gedung tersebut dibuka pada waktu 8.30pg. Seorang lelaki dengan selambanya berjalan menuju ke depan... malangnya sebelum sempat sampai... tiba-tiba seorang lelaki didepannya menolaknya kebelakang sambil memarahi... "woi..tak nampak ke orang !! jerkahnya.. "Sedap..Sedap jer nak potong line orang.. "... jangan memotong barisan beratur dan tunggulah giliran anda!

Lelaki tersebut bangun semula..dan cuba menuju kedepan semula.. malangnya dia ditumbuk sehingga terjatuh... setelah beberapa kali mencuba utk kebarisan depan... tapi tak berjaya... akhirnya dengan nada marah.. dia berkata... "Ahhhhh kalau kali nie aku tak dapat gak kedepan sana... jangan harap aku nak bukakan kedai tu..!!" Laaaaaaaaaa... Tokey kedai rupanyer... hehehe kesian dia kan????

WAD

Ada sorang makcik kelantan nih, dia mai HKL nak carik sedara dia eksiden. Sampai kat HKL dia tanya la sorang nurse kat situ...dalam loghat kelantan la.

Mackcik: "nak tupe tanyo, mana dio wad kecemase"

Nurse tu selamba jer jawab... "wad kencing masam takde....wad kencing manis ader la"..

Dialog Ayam & Lembu

Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri! Lembu : Kenapa kau kata macam tu? Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku! Lembu : Hah! Buat apa pulak? Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti. Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor aku, macamana aku nak dapat anak! Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil aja! Ayam : ?? Maksud kau? Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK! Ayam : ?? (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)

saje tension keje banyak tak reti nak buat pulak last2 jumpa lak nih aku post kat blog nih

No comments:

About Me

My photo
KUALA LUMPUR, WILAYAH PERSEKUTUAN, Malaysia
Just simple guys and married..