Thursday, April 06, 2006

Mimpi Ibu

Pagi ni,tengah saya sarapan pagi tiba2 mak cerita beliau mimpi dengan arwah abah. Tiba2 buat saya tersentak tapi tak tersedak. Kisah mimpinya ketika di kampung Abah bawa mak naik motor.Mak peluk abah kuat2, Abah dgn tak berbaju ketika itu Abah bawa mak ke sebuah rumah besar milik mak saudara Abah terletak di kampung yang sama. Apabila tiba dirumah tu Abah terus mandi, sambil mak menunggu diruang tamu bersembang dgn anak2 mak saudara ni. Mak tanya berapa ramai tinggal dalam rumah besar ni...sambil ceritanya sekian ... mak menanti Abah keluar dari bilik mandi sekian lama Abah tak keluar2 sehinggalah mak terjaga...tergantung disitu mimpinya. Apa sebenarnya? buat saya tertanya? lagipun mak ada kata lama juga tak jumpa mak saudara tu sejak arwah abah tak ada.Ada juga adik ipar mak bagitau yg Mak Saudara dirumah besar tu nak jumpa mak.Tidak la tak pernah jumpa langsung ada juga jumpa bila2 waktu kenduri dikampung....sekali sekala tapi tidak dirumah besar tu. Saya tak nak fikir sangat apa tafsir mimpi mak ni,tapi mak tanya kenapa dia rasa mimpinya pelik..saya kelu tiada jawapan.

18 comments:

Unknown said...

wajiblah anda membawanya ke rumah saudara tersebut. untuk melawat barangkali dan sekaligus untuk menjemput.. alfatihah buat arwah abah.. malam ni baca yassin..

Unknown said...

opss! lupa! selamat mem'blog'

Unknown said...

eh! gambar tu macam tak sesuai laa.. dan setkan comment to anyone..

Sir Mute Key Chicks said...

wajib pergi tgk keadaan mak sedara kamu tuh.wajib

Sir Mute Key Chicks said...

aku rasa memang ada something wrong dengan mak sedara ko tuh.cepat pegi lawat dia.cepat.

LingGopoH said...

Al-Fatihah. Insyaallah...tapi mak yg rasa berat hati nak pergi kerumah(mak saudara abah tu) kerana ada perkara yg kurang menyenangkan mak...wallahualam.

Aku Bukan Bidadari said...

Selamat memblog.. hmmm mimpi seblum subuh ada alamat yang ditinggalkan.tapi kalo mimpi selepas subuh tak yah fikir2 tuh mainan perasaan dan mainan syaitan..

LingGopoH said...

gitartong
tak sesuai? ok akan ku tukar


bta
insyaallah jika mak

semut
mungkin juga..akan ku cuba bawa ibuku melawat.

aku bukan bidadari
gitu ye...mimpi ni jadi menjelang subuh mungkin setelah azan subuh.

LingGopoH said...

bta
insyallah jika ibuku ingin pergi..

Kaklong Syikin said...

jgn fikir yg bukan2..fikir positif.ziarahlah mak sedara tu

BooK said...

dengan lafaz yang mulia, aku merasmikan blog ni!
tibe-tibe je!

Sir Mute Key Chicks said...

ekekeke,
lawak la ko book.undangan khas ker?

Anonymous said...

tahniah buat book..!

LingGopoH said...

shikin
ye kalo ada kelapangan insyaallah pergi,skrg sibuk menguruskan majlis kahwin GT.Macam aku je yg nak kawin..muaaha ha ha.

book
jutaan terima kasih pada Y.B Book kerana sudi merasmikan blog saya ha ha ha

ontahsapo said...

bagi aku mimpi ni mainan tidur, kadang2 kita terbawak2 benda yg selalu kita pikir kedlm mimpi kita, tapi ada jugak yg serius suka mentafsir mimpi ni, kdang2 kena, kadang2 jauh larinya, tapi tak mimpi tak best lak tidur kita....

regards,

Anonymous said...

konfem? 7 kereta? 30 orang? lebih kurang la.. kesian kat orang lain yang sibuk2 dengan kenduri. saya tunggu dan tunggu..

Sir Mute Key Chicks said...

oit.mana posting baru?sibuk?haha

LingGopoH said...

semut
Tu la semut nak memblog pun tunggu online kt offis jer.Dh kat ofis kalo kerja bnyak tak dapek la saya nak buat posting baru..insyaallah ade masa yg dapat saya cilok saya akan buat.Harap2 semua faham

About Me

My photo
KUALA LUMPUR, WILAYAH PERSEKUTUAN, Malaysia
Just simple guys and married..